pen pall Qaireen

Saturday 26 May 2012

aurat :D

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh <))

ape itu aurat ? kenapa mesti jaga ? penting ke aurat tu ?

look ,

definisi aurat :

Aurat (bahasa arab: عورة‎) merupakan istilah islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-quran dan hadis .

aurat lelaki dengan perempuan ni same tak ?

tak same sayang , lelaki sama lelaki pun ade taw , termasuklah perempuan sama perempuan , orang bukan islam dan lain-2

aurat lelaki 

 diantara pusat dengan lutut. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

aurat perempuan 

* seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan ..
*Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
* aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.

kenape mesti tutup aurat ? siape yang suruh ? bukti ade ?? 

yup ! mesti , tutup aurat itu WAJIB  , siape suruh ? ALLAH .. bukti ade , nak tahu , ni die (maaf , NB Qaireen xde keyboard jawi , so ta bole nak tulis ayat quran , maaf erk , tapi bole refer quran masing ta pun tafsir ke )



Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menetupi auratmu dan untuk perhiasan bagi mu.Tetapi pakaian taqwa , itulah yang lebih baik . Demikianlah sebahagian tanda-2 kekuasaan ALLAH,mudah-2 kamu beringat.Wahai anak cucu nabi Adam ! Janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebaimana halnya die(setan) telah mengeluarkan ibu bapak mu dari syurga,dengan menanggalkan pakaian keduanye.Sesungguhnya die dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat ke suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka,Sesungguhnya kami telah menjadikan setan-2 itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman 
(surah al-a'raf : Ayat 26&27)


"Dan katakanlah kepada lelaki-2 yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka,Sungguh ALLAH maha mengetahui apa yang mereka perbuat.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman ,agar mereka menjaga pandanganya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat (muka & tapak tangan ).Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada 
suami mereka atau
bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .dan bertaubatlah kamu semua kapada ALLAH ,wahai oranag-2 beriman agar kamu beruntung.
" (surah an-nur : Ayat 30 & 31)


"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu,dan isteri-isteri orang mu'min " hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" Yang demikian itu agar lebih mudah untuk dikenali,sehingga mereka tidak diganggu .Dan ALLAH maha pengampun , maha penyayang.
" (surah al-ahzab : Ayat 59)




"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)


Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." 

(Hadis Riwayat Abu Daud)  [ hadis dhaif ]


















** ** *** **** pratice make perfects ** ** *** ***



No comments: