pen pall Qaireen

Thursday 24 January 2013

maulid :D

assalamualaikum wrb


sudah lame menyepi .bukan dilupai tapi busy as bee ,
kalau you all punye berday , bukan kemain lagi duk celebrate kan ? tapi sy takkkkkkk . soKey

mR.blogger , tahu tak hari ini hari kelahiran nabi muhammad saw .12 rabiul awal bersamaan 24 jan . allahumma solli'ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wassahbihi wassalim ..
penghulu bagi nabi-ii . berkatnya perjuangan nabi dan para sahabat dapat kita merasai nikmat islam dan iman pada hari ini , alhamdulillah ..

let's song talk .........................................................................

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




sebelum izzah undur diri , nak kongsi sikit pesanan rasulullah swt sebelum , ketika , selepas tidur

antaranya 
  • khatam al-quran ( membaca surah al-ikhlas 3x )
  • membuatkan para nabi memberi syafaat buatmu ( berselawat ke atas junjungan nabi )
  • membuatkan para muslimin meredhaimu ( sentiasa beristiqfar )
  • melaksanakan ibadah haji dan umrah ( berzikir , bertahmid & bertahlil )
  • mengucap 2 kalimah syahadah
  • mengambil wudhu'
  • tidur mengiring ( dada kiri di atas dada kanan sambil tangan di pipi )
  • Membaca doa sebelum ( bismikallahumma'aya wa amut )dan selepas ( alhamdulillah hillazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihi nusyur ) tidur. 
  • Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
    • Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
    Subahanallah 33 kali
    Alhamdulillah 33 kali
    Allahuakbar 33 kali
    •    Membaca  4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia
    •   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang
    •    Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat
    •    Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita


    Peringatan:
    Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

    Assalamualaikum , ila liqa ma'a salamah

No comments: