pen pall Qaireen

Friday 20 July 2012

perasaan ku berbaur :)




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..

Dah lame tak menulis , rindu pulak <3 jadual harian yang pack agak rumit jugak ,letih-II tapi tak pe lha , allah ade berfirman dalam surah Muhammad ayat 7 “ sesiapa yang menolong agama allah maka allah akan tolong kamu “ jadi be husnuzon lha _tinqq_ lagi pun allah ade juga befirman “ tidak akan ku bebani hambaku jika mereka tidak mampu “ , surah albaqarah ,ayat lupe :? Kalau tak salah 218 (btw rujuk al-quran ye ) Allah tahu ape yang kita x tahu . usrah banyak ajar Qaireen untuk memantapkan lagi fikrah tentang islam , Alhamdulillah Ya Allah , Qaireen syukur sangat-II sebbab Engkau telah memilih hati ini agar duduk dalam saf agama mu , jangan biarkan Qaireen hanyut , teputus dari rabb-Mu , tenggelam dalam hidayah dan rahmat mu , memberikan istidraj , nauzubillah . jauhilah Qaireen dari perkare-ii tersebut ya allah .









Sahabat ku sekalian , andai antunna tahu isi hati ini , sedih sangat-II , rindu sangat-II , tak terdaye pabila di uji dengan masalah ukhwah . hari-II mampu untuk mengalirkan air mate ni ,, tapi apakan daya Ana insane yang lemah , tak mampu untuk memikirkan .kadang-II tepaksa bermonolog dalam hati , mengukir janji-II manis agar tiada benci antara kita , maniskan senyuman , bukan penghargaan yang ana mahukan tapi ana mahukan ukhwah yang kita bina akan mendapat rahmat-Nya . perit sangat-II bila ana terpakse memberi helah buat antunna .. Antunna ingat ana suke ? tapi ana perlu berpegang pada amanah . ana pasti antunna semue dah tahu betape beratnye sesebuah amanah / tanggungjawab tu kan ???? habistu kenapa ? kenapa? YA ALLAH andai diri ini diuji untuk memantapkan lagi iman sahabat-II ana dan ana sendiri Engakau berilah kami ketabahan , kemudahan untuk melaluinye . tambahkan lah keimanan kami , ketaqwaan kami kepada-Mu , permudahkanlah urusan kami untuk memperjuangkan agama mu Ya allah . “ man qola lailahaillallah wahua da’ie ( siape yang mengucapkan lailahaillallah ialah pendakwah ) . Tanpa DUGAAN mungkin kita tidak akan berusaha, tanpa HIKMAH mungkin kita tidak akan mahu belajar. Dengan BERUSAHA dan BELAJAR, kita akan mendapat NIKMAT, dengan nikmat kita dapat merasakan apa itu ertinya RAHMAT.Apabila kita semakin suka berusaha dan belajar, kita akan semakin MUDAH menghadapi setiap DUGAAN, dan juga HATI kita akan semakin mudah merasa IKHLAS dan REDHA.Apabila ikhlas dan redha... menyeliputi hati, kita dapat mengelakkan diri daripada MENGELUH dan MERUNGUT. Tanpa mengeluh dan merungut, HATI kita akan mudah untuk mendapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.Apabila hati tenang dan bahagia, kita akan mudah TERSENYUM kepada sesiapa sahaja. Apabila kita menghadiahkan senyum kepada orang lain, maka semua orang akan berjangkit untuk tersenyum. Apabila semua orang berbuat begitu, PERHUBUNGAN kita dengan mereka akan bertambah BAIK. Apabila kita mendapatkan yang BAIK-BAIK, kita akan lebih banyak berfikir dengan CAS-CAS POSITIF.Apabila kita berfikir POSITIF, kita dapat meningkatkan NILAI-NILAI MURNI di dalam diri kita dan sesama mereka dan menjadikan SILATURAHIM bertambah ERAT, RAPAT dan MESRA. Apabila jalinan kita erat, rapat dan mesra, pasti kita mendapat pelbagai jenis NIKMAT serta REZEKI terdapat di dalamnya.Maka bermulalah di dalam diri kita untuk mensyukuri di atas setiap segala NIKMAT dan DUGAAN yang diberikan dan yang telah ditentukan Allah s.w.t. Alhamdulillah Syukur.

Suke untuk Qaireen kongsi kate-II YDP STAM( Yang Di-Pertua Sijil Tinggi Agama Malaysia ) kepada kami ( ahli-II STAM ) “ jangan tunggu ade jawatan baru nak buat kerja “ lagipun terang lagi bersuluh tujuan kita hidup atas muke bumi ni yang umum , untuk mencapai maradhatillah , tujuan khusus pulak ade 3 iaitu 1- menjadi khalifah di muka bumi , 2- beribadat kepada allah ,3- amar makruf nahi mungkar . allah ade berfirman dalam kitab-Nya tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada ku . Ada ketikanya Allah SWT sengaja menyimpan perkenan doa-Nya kepada kita kerana mahu melihat sejauh mana pergantungan dan keimanan kita kepada-Nya.

Hayatilah hadis Rasulullah s.a.w yg mafhumnya:
"Apabila Allah telah mencintai hamba-Nya, maka Allah turunkan bala atas hamba-Nya itu dan Allah ikatkan bala-Nya atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata: Wahai Tuhanku, sampaikan hajat hamba-Mu itu. Allah menjawab: Usah campuri urusan hamba-Ku itu. Sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat.
Apabila hamba itu berkata: Wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab: Selamat dan bahagialah wahai hamba-Ku. Tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu. Dan tdk engkau pohonkan sesuatu daripada-Ku, melainkan Aku berikan dan perkenankan ...buatmu. Adakala Aku segerakan kepadamu apa yg kamu pinta. Adakala Aku simpan di sisi-Ku sesuatu yg lebih baik buatmu. Dan Adakala Aku hindarkan bala ke atasmu dengan doa tersebut, iaitu (dihindarkan) dari cubaan dan bala yg lbh besar dari yg tersebut."(Anas bin Malik) Oleh yang demikian, kita tidak perlu mengeluh tentang kelambatan perkenan Allah SWT terhadap apa2 yg kita pinta. Sebaliknya berikan sepenuh kesabaran dlm menunggu bantuan dan rahmat Allah SWT itu. InsyaAllah, bantuan dan pertolongan-Nya akan sampai jua pada waktu dan ketika yang paling sesuai mengikut ilmu-Nya....Aamiinn...

Kalau nak cerite sal ukhawah 7 hari 7 malam belum tentu habis , satu je nak pesan hargai lah musuh-II kite , orang yang selalu kutuk kite , caci kite ,jadikan kite sebagai bahan umpatan , orang yang selau perlekehkan kite , selalu nak jatuhkan kite !! ape rasional nye Qaireen ??? humphhh , orang yang sebegini lha yang akan selau mendokong kite ke arah kebaikan , memberi kite semangat untuk terus bangkit ^’^ Tapi bukan bermakna kite abaikan sahabat-II yang menyayangi kite pulak .. dalam nak ubah diri kita ni , kite pun kene ajak orang lain jugak . then jangan kite pulak yang jadi down ! sebaik-II pengaduan hanya pada ALLAH , subhanallah :D

Nikmat ni bagi Qaireen ia umpama kita makan roti gardenia yang kosong..tanpa ada jem/kaya/planta dan yang seumpamanya..nampak dari luaran memang tak sedap..sebab roti tu kosong..tapi kita tak pernah sedar dalam rasa ketidaksedapan itu..rupa2nya Allah telah selitkan satu nikmat yang kita lupa ketika itu..iaitu kekenyangan..pelikkan??macam tu juga dengan hati..kita mungkin sering merasa keseorangan..tapi hakikatnya ada Allah dengan kita .. kalau roommate Qaireen dia suke gune anologi “ coklat “ tak gitu capital Z (zahirah ) ?

sampaikan lah walau sepotong ayat :D

No comments: