pen pall Qaireen

Wednesday 20 June 2012

change

assalamualaikum wrb.



Ada orang kata.."nak berubah, tak boleh nak sikit-sikit, kena berubah terus menjadi "sempurna" sebab mati bila-bila masa"

Ya..betul, mati tak diduga oleh sesiapa, tapi nak berubah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia sangat sukar, nak menukar penampilan mahupun tabiat yang sekian lama kita amalkan..tiba-tiba nak bertukar kepada yang lain. Susah kan?

Kepada kaum lelaki yang tidak memahami perubahan wanita "dari tidak bertudung --> bertudung singkat --> bertudung labuh" , tidak perlu berkata membuta tuli. Hakikatnya seseorang lelaki contohnya yang dah biasa merokok, boleh ke sekelip mata meninggalkan rokok tu? Tentu susah kan..

Bukan statement bias kepada mana-mana jantina, tetapi fahamilah bahawa "berubah itu tidak mudah". Sekiranya seseorang itu timbul kesedaran untuk berubah..itu sudah satu perkara yang sangat baik.

Jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada mereka yang ingin mengubah dirinya menjadi lebih baik, mungkin suatu hari nanti..dia lebih "alim" berbanding kita.

Yang paling penting ialah pengakhiran hidup seseorang manusia..jadi tidak perlu sentiasa memandang rendah kepada orang lain. Bantu mereka, sokong mereka yang ingin berubah..tunjukkan jalan dan contoh tauladan yang baik.

Ramai manusia yang mungkin sudah hilang sifat "empati" dalam diri. Empati ialah dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Ramai yang hanya tahu menghukum tetapi tak ramai yang tahu membantu..

Mereka yang ingin berubah..masih terkapai-kapai mencari arah dan jalan yang lurus, akibat daripada manusia yang tiada empati dalam diri..menyebabkan niat mereka untuk menjadi yang lebih baik "terbantut". Salah siapa?

"Kepada yang ingin berubah..carilah seseorang yang dapat memahami, menyokong, membantu diri mu. "

Teruskan BERUBAH !!

Saya juga pernah merasakan "perubahan" dalam diri dan selagi hidup..selagi itu kita perlu berubah ke arah yang lebih baik :)




No comments: