pen pall Qaireen

Friday 9 March 2012

luahan seorang muslimat



✿• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ•✿

Inilah adalah titipan luahan hati seorang muslimah. Sombongkah Aku??

Sombongkah aku sekiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu??

Sombongkah aku jika membiarkan sepi YM darimu??

Sombongkah aku jika hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab??



Ya.. Aku memang SOMBONG..

Tetapi sombongku bertempat!!

Bukan pada semua..



Tetapi hanya padamu lelaki ajnabi..

yang tidak halal buatku..

Pantaskah aku membalas SMSmu kiranya luahan rindu yang kau ungkapkan?

Perlukah aku membalas YMmu jika omongan cinta yang ingin kau bicarakan?

Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?



Kau bukan suamiku dan perlukah kita melakukan semua itu?

Tepuk dada tanyalah imanmu sendiri wahai teman..



Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu..

Jika murka Allah yang bakalku dapat..

Jika sikap ku ini kau memanggilku sombong..

Nah! silakan..

Aku tidak peduli..

Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot..

Aku masih juga tidak peduli..

Apalah sangat pandanganmu 

Jika hendak dibandingkan dengan pandangan murka

Tuhanku..



Kiranya aku mengikut kemahuanmu..

Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku..



Sebelum tiba masanya, biarlahku labuhkan dulu..

tirai cintaku pada-Nya..

Sebelum kulabuhkan tirai cintaku kepada yang berhak keatasku kelak..

Hanya untuk suamiku..Cinta Halal Bagiku..











credit : muka buku

No comments: